Wednesday, September 3, 2008

Runtuhnya sebuah masjid...


Bismillahirrahmnirrahim….segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t, yang maha berkuasa terhadap seluruh wilayah ciptaan-Nya…

Hari ni hari ketiga umat islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Kepada yang berpuasa,selamat menjalani ibadah puasa dan juga memantapkan amal ibadat dengan lebih tekun lagi. Pelbagai peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan yg penuhu barakah ini. Sejarah islam juga turut mencatatkan beberapa kemenangan yg dicapai oleh pejuang-pejuang Islam dalam bulan Ramadhan. Namun,ada juga kegagalan yg menjengah jua bersama dgn seribu kekecewaan. Aduhh…puitisnya…

Aku masih lagi memikirkan konsep penulisan yg sesuai untuk blog ini. Bagi ku, konsep yg lebih santai mungkin lebih mudah difahami berbanding dengan penulisan yang kritis dan gramatik. Kelancaran ayat dan maksud yg terang dan jelas mampu memenuhi kehendak pembaca yang mungkin sebahagian besarnya tidak mampu atau dengan lebih tepat lagi malas untuk berfikir dengan lebih kritikal.Hmm…aku pun tak mampu nak menulis dengan bahasa yang kritikal, so, kesimpulannya, sape2 yg tak paham,angkat tangan. Hehehe…

Berbalik kepada topic yang aku ingin katakan, bukanlah perkara yg luar biasa. Malah, ianya terlebih biasa tetapi ianya menjadi sukar untuk diterima bila ianya berlaku pada diri sendiri atau kaum kerabat kita. Runtuhnya masjid yg aku maksudkan bukanlah masjid yg tersergam indah di tempat korang semua, tapi masjid yg dibina melalui ikatan akad antara wanita dan lelaki. Perkahwinanla…bersastera sikit pun dah berkerut dahi…

Tak dinafikan hari2 kita akan dengar masalah keruntuhan rumah tangga, isu penceraian dah jadi halwa telinga hinggakan masayarakat dah lali dgn masalah ni. Kita sendiri pun kadang2 jeling mata je tgk berita pasal kes ni tambah2 lagi, kes ni macam bermusim plak..musim orang cerai..musim orang kawin..musim orang berkhatan…hehehe..ingatkan buah je yg ada musim, tapi manusia pun ikut sama bermusim.

Masjid roboh di bulan Ramadhan…sukar nak diterima tapi kemuliaan bulan yang penuh barakah ini kadang2 membongkar segala cerita..baik buruk pasangan yg selama ini terselindung dari pandangan mata kasar. Sedih mendengar apabila saudara terdekat behadapan dengan masalah ini. Mungkin kita hanya mampu menenangkan dan menyabarkan mereka tapi, berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul…

Sedaya upaya aku cuba kuatkan diri untuk menjadi lebih rasional supaya keadaan ini mampu diatasi dgn lebih aman. Aku kadang2 terfikir juga, kenapa agaknnya hubungan yg dibina atas dasar cinta hingga bertahun2 akhirnya musnah di pertengahan jalan, kadang2 tak sampai pertengahan pun, kat traffic light pun boleh hancuss…antara dialog yg paling popular bagi pasangan yg bercerai, “ kami tidak bersefahaman lagi”…amboih, hidup 10 tahun pun masih tak faham2 lagi..melampau la tu…

Terus terang aku tak mampu menjelaskan apa sebenarnya masalah yg berlaku, terlalu byk andaian terhadap masalah ini. Banyak cabang yg perlu dikupas dan di bahas. Namun, bagi yg betul2 ingin memahami pasangan masing2, bacalah buku yg dikarang oleh John Gray, Men from the Martians, Women from the Venusians. Jgn hanya baca novel2 yg hanya menkhayalkan minda dan akal sahaja. Kadang2 kita perlu melatih diri untuk berfikir dengan lebih kritikal supaya kita menjadi lebih matang dan rasional.
Apa yang mampu aku cuba kongsi di sini, perkahwinan itu satu ikatan yg mulia dan penceraian itu juga sesuatu yang halal. Disaat terbinanya sebuah masjid, akan ada masjid yg runtuh sebelum usianya…takdir Allah s.w.t, siapa yg tahu..apa yg mampu bagi hamba-Nya, berusahalah untuk mencari jawapan dan penyelesaian yg terbaik untuk mengatasinya…pertolongan Allah s.w.t itu ada kalau betul caranya…buat semua, apa yg paling penting..peliharalah hubungan kita dengan Allah dan Ibu Bapa, nescaya Allah akan memelihara hubungan kita sesama manusia..wallahua'lam..

1 comment:

Anonymous said...

salam...emmph, dah lama juga xmenulis. mengarang, xbersastera. byk kekangan.tp tulah, kadang2 disebabkan kekangan masa, keadaan dan byk lagi faktor. kerana manusia byk sekali alasan untuk tidak dlm hidup ini..apa kau tulis ni..hehehe...bawak2 lah fhm. tgk pada blog ni, masih baru...mungkin aku org pertama yang comment.ye k?xpastilah pulak. tp untuk pertama kalinya tahniah buat blogger...boleh tahan...xtahu pulak ada bakat terendam...:).
berbalik kepada isu yang cube dilontarkan oleh blogger, perkahwinan...satu hati dua jiwa, sebakul seraga, sesuatu yang suci, penuh ngan kebaikkan...itulah satu perkahwinan...penuh ngan kebaikan, klu diisi dengan kebaikkan. xbyk nak komen...mula2 ni..xpanas lagi..slow....yang penting...kena faham tugas dan tanggungjawab masing2, apa jua masalah dalam satu perkahwinan, dalam hidup ini lah, berbalik semula kepada Allah. ...:)