Tuesday, August 19, 2008

Kedamaian itu kembali semula...

hmm...tgk pada tajuk tu macam nak bersastera tapi, hari ni saya lebih suka memilih konsep yang lebih santai. bukan apa, bahasa juga memainkan peranan yg penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat..
sepanjang 3 minggu ni,aktiviti sebagai student telah menjadikan otak rasa berselirat dgn segala fakta yg perlu diingat. maklumlah, selagi bergelar student, byk ilmu yg perlu dicari dan dihadam supaya dapat diaplikasikan bila dah keje nanti. kenapa mesti 3 minggu je? sebenarnya minggu2 inilah berlangsungnya jihad buat kami untuk score markah. so, kenalah byk buat ulangkaji atau dgn kata lain, semua pakat sibuk ber'jampi'. subjek yg diambil pun boleh tahan jugak 'killer'nya.kalau tak hafal betul2,memang tak mampu nak goreng sendiri melainkan bagi yg betul2 power dgn bahasa arab.hehehe...belajar bahasa arab rupanya..
beza bagi pelajar yang belajar bahasa arab di malaysia dan di timur tengah adalah keadaan serta pengaruh persekitaran. yelah, dorongan untuk bertutur dalam bahasa arab tu terlalu rendah disebabkan persekitaran yg majoritinya dikelilingi oleh masyarakat yg bertutur dalam bahasa melayu, tambah lagi bila satu kelas tu dikuasai oleh student kelantan,kedah dan terengganu.hmm...masing2 berlawan loghat la jawabnya.bahasa arab langsung hilang..
so,alhamdulillah hari ni selesai segala ujian yang membuatkan hidup serba tak kena. ala...bahasa arab bukan susah sgt pun, bagi yang genius bolehla.tapi,bagi golongan yang slow learner cam aku ni, kenalah kerja keras sikit. tapi, nak tak nak kenalah redha dengan kemampuan yang kita miliki.kalau setakat tu je kemampuan kita, jgn lah nak menunjukkan rasa tak puas hati kita tu kepada kawan2.aik,lain macam je bunyinya. hmmm....hari ni baru je nak rasa kedamaian itu,tapi bila sahabat menunjukkan muka tak puas hati,tension,bengang,kita yang takde apa2 ni pun turut rasa tempiasnya.hmmm...hilang sudah kedamaian itu...
moralnya: andai kita sedar akan kemampuan kita dan kita telah berusaha untuk mengatasinya tetapi masih lagi gagal,redhalah kerana mungkin kita akan perolehi nikmat dan habuan yg lebih baik atas kesabaran yang kita miliki.cubalah untuk mengawal emosi serta berfikir dgn penuh rasional terhadap perkara yg kita lakukan.sekian.

Monday, August 18, 2008

Cerita dari seorang teman..

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadirisebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.Ceritanya begini...Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih disekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yangke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-manaorang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang palingtua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedangjaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendakmelipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.Subhanallah... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dansuaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jikaditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabaitanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solatjemaah dalam keluarga ???-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikianrupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasanmereka yang lebih dewasa ???

subhanallah, sungguh hebat ajaran dan nilai yang diterapkan oleh si ayah untuk anak-anaknya. renunglah kembali diri kita, mungkin kita tak mampu untuk menjadi seperti si anak apatah lagi si ayah itu,tetapi jika kita sedar akan kekhilafan kita,tak salah rasanya kita belajar dan berusaha untuk kearah itu.semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan berusaha kearah kebaikan....insyaallah

Sunday, August 17, 2008

Tak ada apa-apa..

Catatan dari seorang teman….

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malahterlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cubadapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.Hairan juga..!Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Sayaceritakan perkara yang saya alami."Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan sayadiuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau kemana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah sayalupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalamdiri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang sayaalami itu.Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakahSabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?""Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab.Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masihmenjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itusaya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekalilagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama,saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi,tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabriada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahipipi. "Tak ada apa-apa"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahubersuara tapi terdiam kembali.Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah naklupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mamaterluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangistersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masihberbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentuinagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kitaketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukupnak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Sayatunduk.Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titikpeluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hariSabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supayahajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabriterus bekerja.Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkanketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetapberkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anakderhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuanmama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dahberjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mamaharap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapanterakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk keseluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan sayaterasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembalitenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejakperistiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dankawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana iasebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam programmotivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semuaorang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan diakhirat.Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kemmotivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewatiusia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Darisumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebutmengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudiansaya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasihbanyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak sayatak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikanberteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebutdia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzurdan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita.Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itukehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian.Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atassegala silapnya selama ini."Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maafbersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak takampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosayang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalusedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkanperutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengankata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'"Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelaiseluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar ituterlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok danlipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakaibekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopakwarnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik siibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar n! ihmahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawadi sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkinada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkahlaku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu,dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklahkamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.."Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong denganperbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36****

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS....SESUNGGUH NYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KITA MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

Monday, August 11, 2008

kenapa saya menulis blog???


firstly,mesti nak kena intoduce myself dulu...kang takde sape nak baca blog ni..ingat senang nak create blog nih...sehari suntuk belajar dengan cikgu yg bertauliah..well,cikgu azmie..thanks a lot..nanti saya belanja abc...xyz pun boleh..hehehe...kepada blogger yg dah ada byk experience, harap boleh membantu saya untuk sama2 menyebarkan informasi kepada semua pungunjung blog...chewahhh...ayat power tuu...dah lari topik ni...


well,kenapa saya menulis blog? satu soalan yg saya sdr pun tak yakin dgn jawapannya...tapi yg saya tahu,saya suka menulis..apa yg terlintas di depan mata,saya akan buat andaian and saya tulis...hmmmm...cam bagus je bunyinya...takde la...


apa pun,saya harap blog saya ni akan dapat sambutan yg hangat...aik,cam promosi album je...insyaallah, semoga misi saya utk menyampaikan kebenaran tercapai...cayuk2!!...aja aja fighting....sokongan semua pembaca amat saya hargai....

buat sahabat....

"Ya Allah, aku juga ingin tunduk sujud memohon kepadaMu, semoga sahabatku ini sentiasa redha dijalanMu,Andai Kau ujinya dgn kesusahan, berilah sebahagiaan kesusahan itu kepadaku, andai Kau ujinya dgn kesakitan,berilah sakit itu kepadaku. Andai Kau berikannya nikmatMu, jgnlah Kau bahagi2kan nikmat itu kepadaku, sesungguhnya melihatkan sahabatku gembira keranaMu, adalah nikmat terbaik untukku.