Friday, November 7, 2008

Exam da habis daaa…

Alhamdulillah,selesai sudah ‘perang’ yg aku tempuhinya. Akhirnya,berjaya jugak aku memuntahkan segala idea dan ilmu yang bersarang dalam benakku walaupun kadang2 apa yang disoal, lain yang ku jawab. Tak apa,itu salah satu sumbangan pemikiran aku terhadap apa yang aku pelajari berdasarkan kefahaman serta logik akal, bukan bergantung kepada fakta semata-mata.

Walaubagaimanapun, aku cukup berpuas hati dengan tahap kebolehan aku serta kemampuan yang aku miliki. Aku sedari bahawa anugerah Allah s.w.t itu kepada setiap hamba-Nya adalah berbeza. So, cuti semester dah start tapi aku masih lagi dalam perancangan untuk mengisi masa lapang aku. Banyak benda yang aku nak buat tapi apa yang penting aku nak sudahkan dulu pelajaran aku yang tergendala sebelum ini...belajar kereta. Dah lama tak contact cikgu aku tu,tah hidup lagi ke tak..hehehe

Pengisian aku seterusnya ialah, nak balik kampung tanam jagung..hehehe..takdelah. Balik kampung jumpa warga emas yang lama tak jumpa. Warga berlian dah takde kat kampung aku. Semua merantau ke kota, tinggallah warga emas yang setia dengan kedinginan dan kesyahduan desa. Hanya menanti kepulangan insan seperti aku ini untuk melepas segala rindu yang mengasak kalbu..fuhhh..ayat pinjam tuuu...

Cuti kali ni takde la lama sgt, sebulan je. Tapi rasa cam tak cukup je. Akan aku penuhi cuti ini dengan penuh bermakna. Minggu pertama, stay umah c.chik, minggu kedua,umah cik mash, minggu ketiga, umah k.mah dan selebihnya di teratak ayahanda..hmm...sebulan memang tak cukup..

Buat cik mash dan c.chik,sediakan karpet merah ye. Tunggu kedatangan adikmu untuk mengabihkan boreh kat umah korang seme..hehehehe....
Selamat bercuti kepada semua kawan2 ku. Sape2 yang nak kawin time cuti ni, jgn lupa jemput aku. Aku pasti datang untuk makannnggg….jumpa lagi next semester…cayang korang..muuuaahhh