Wednesday, September 17, 2008

cinta dan suka..

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang...Tapi di depan orang yg kita suka, hati kita akan gembira...Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga, di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja..Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...Di depan orang yang kita suka,lidah bebas berkata apa sahaja....Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..Di depan orang kita suka, kita akan akan tunjukkan imej kita yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai...Tapi..kita selalu merenung mata orang yang kita suka..Antara cinta dan suka..apa bezanya???

Friday, September 12, 2008

Ramadhan: Mendidik dan Terdidik











Sesungguhnya, kemuliaan bulan ini tidak dapat disanggah lagi. Segala ganjaran telah ditentukan oleh Allah s.w.t terhadap umat-Nya yang benar-benar taat dah patuh terhadap ajaran yang di bawa oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Namun, sejauhmanakah kita sedar akan kemuliaan bulan ini dan apakah reaksi kita terhadap bulan yg penuh barakah ini? Persoalan yang sudah pasti ada dalam diri sendiri, yang hanya mampu dirungkai oleh jiwa dan hati bagi yang menyedari.

Ramadhan mendidik jiwa dengan pelbagai sifat mahmudah yakni menjadikan diri lebih terdidik dengan nilai dan peribadi yang murni. Kelebihan puasa itu sendiri menjelaskan kepada kita tentang kesabaran dan juga kesyukuran terhadap nikmat yang diperolehi. Sekiranya kita bandingkan keadaan diri yang lemah dan tak bermaya, namun ada insan lain yang lebih azab menanggung siksa. Seringkali manusia mengeluh dengan nasib diri tetapi jarang berfikir mengenangkan nasib orang lain yang lebih teruk dari diri sendiri. Keaadaan inilah menjadikan kita kufur terhadap nikmat Tuhan dan tidak tahu mengucapkan syukur terhadap pemberian-Nya.

Antara kelebihan bulan Ramadhan yang kita mungkin tidak sedari adalah perubahan fizikal dan juga rohani yang sangat ketara. Mungkin dengan tujuan untuk menghormati bulan yang penuh kemuliaan ini. Sebagai contoh, perubahan dari segi pakaian, mungkin lebih tertutup dan sopan atau dengan kata lain, dari seorang yang tidak bertudung, tetapi mengenakan tudung sebagai menghormati bulan ini. Tetapi, persepsi segelintir masyarakat yang prejudis terhadap golongan sebegini menjadikan amalan bertudung pada bulan Ramadhan tidak dapat bertahan untuk bulan-bulan yang lain. Hal ini kerana masyarakat seolah-olah tidak memberi sokongan atau galakan yang baik, tetapi lebih menjurus kepada kritikan dan tohmahan. Keadaan ini lah yang menjadikan seseorang yag cuba mendidik diri kearah kebaikan tidak terdidik disebabkan orang lain yang tidak mampu memberi didikan yang baik.

Di samping itu juga, didikan bulan Ramadhan yang mungkin kita tidak sedari ialah menjadikan diri lebih berdisiplin dan berakhlak mulia. Sebagai contoh, berdisiplin dalam menguruskan waktu atau menjadikan setiap waktu itu penuh bernilai melalui pengisisan ibadah dan pangabdian kepada yang maha Esa. Amat jarang bagi kita mendengar seorang muslim berhajat untuk melakukan maksiat pada bulan ini, dan sekiranya ada, amat jahil golongan itu dalam menilai keagungan Islam. Masing-masing sedaya upaya merebut peluang menjadikan bulan ini sebagai ‘platform’ dalam mendidik diri kearah muslim sejati. Sesungguhnya, jiwa yang istiqomah dalam mendidik diri akan menjadikan diri lebih berpotensi untuk menjadi muslim yg ideal.

Namun, terdidik kah kita dengan ajaran yang mulia sepanjang bulan ini? Apakah usaha kita untuk mendidik jiwa supaya kita menjadi insan yang mulia di sisi Allah s.w.t? semoga segala amalan mulia yang kita laksanakan ini berkekalan bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi bulan2 yang lain jua. Sesungguhnya, Ramadhan itu pencetus kepada perubahan hidup yang lebih baik seandainya diisi dengan perkara yang mendidik jiwa ke arah jihad yang satu, yakni berpaksikan ajaran Islam yang syumul. Semoga beroleh ganjaran yang dijanjikan oleh-Nya. wallahua’lam.

Wednesday, September 3, 2008

Runtuhnya sebuah masjid...


Bismillahirrahmnirrahim….segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t, yang maha berkuasa terhadap seluruh wilayah ciptaan-Nya…

Hari ni hari ketiga umat islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Kepada yang berpuasa,selamat menjalani ibadah puasa dan juga memantapkan amal ibadat dengan lebih tekun lagi. Pelbagai peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan yg penuhu barakah ini. Sejarah islam juga turut mencatatkan beberapa kemenangan yg dicapai oleh pejuang-pejuang Islam dalam bulan Ramadhan. Namun,ada juga kegagalan yg menjengah jua bersama dgn seribu kekecewaan. Aduhh…puitisnya…

Aku masih lagi memikirkan konsep penulisan yg sesuai untuk blog ini. Bagi ku, konsep yg lebih santai mungkin lebih mudah difahami berbanding dengan penulisan yang kritis dan gramatik. Kelancaran ayat dan maksud yg terang dan jelas mampu memenuhi kehendak pembaca yang mungkin sebahagian besarnya tidak mampu atau dengan lebih tepat lagi malas untuk berfikir dengan lebih kritikal.Hmm…aku pun tak mampu nak menulis dengan bahasa yang kritikal, so, kesimpulannya, sape2 yg tak paham,angkat tangan. Hehehe…

Berbalik kepada topic yang aku ingin katakan, bukanlah perkara yg luar biasa. Malah, ianya terlebih biasa tetapi ianya menjadi sukar untuk diterima bila ianya berlaku pada diri sendiri atau kaum kerabat kita. Runtuhnya masjid yg aku maksudkan bukanlah masjid yg tersergam indah di tempat korang semua, tapi masjid yg dibina melalui ikatan akad antara wanita dan lelaki. Perkahwinanla…bersastera sikit pun dah berkerut dahi…

Tak dinafikan hari2 kita akan dengar masalah keruntuhan rumah tangga, isu penceraian dah jadi halwa telinga hinggakan masayarakat dah lali dgn masalah ni. Kita sendiri pun kadang2 jeling mata je tgk berita pasal kes ni tambah2 lagi, kes ni macam bermusim plak..musim orang cerai..musim orang kawin..musim orang berkhatan…hehehe..ingatkan buah je yg ada musim, tapi manusia pun ikut sama bermusim.

Masjid roboh di bulan Ramadhan…sukar nak diterima tapi kemuliaan bulan yang penuh barakah ini kadang2 membongkar segala cerita..baik buruk pasangan yg selama ini terselindung dari pandangan mata kasar. Sedih mendengar apabila saudara terdekat behadapan dengan masalah ini. Mungkin kita hanya mampu menenangkan dan menyabarkan mereka tapi, berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul…

Sedaya upaya aku cuba kuatkan diri untuk menjadi lebih rasional supaya keadaan ini mampu diatasi dgn lebih aman. Aku kadang2 terfikir juga, kenapa agaknnya hubungan yg dibina atas dasar cinta hingga bertahun2 akhirnya musnah di pertengahan jalan, kadang2 tak sampai pertengahan pun, kat traffic light pun boleh hancuss…antara dialog yg paling popular bagi pasangan yg bercerai, “ kami tidak bersefahaman lagi”…amboih, hidup 10 tahun pun masih tak faham2 lagi..melampau la tu…

Terus terang aku tak mampu menjelaskan apa sebenarnya masalah yg berlaku, terlalu byk andaian terhadap masalah ini. Banyak cabang yg perlu dikupas dan di bahas. Namun, bagi yg betul2 ingin memahami pasangan masing2, bacalah buku yg dikarang oleh John Gray, Men from the Martians, Women from the Venusians. Jgn hanya baca novel2 yg hanya menkhayalkan minda dan akal sahaja. Kadang2 kita perlu melatih diri untuk berfikir dengan lebih kritikal supaya kita menjadi lebih matang dan rasional.
Apa yang mampu aku cuba kongsi di sini, perkahwinan itu satu ikatan yg mulia dan penceraian itu juga sesuatu yang halal. Disaat terbinanya sebuah masjid, akan ada masjid yg runtuh sebelum usianya…takdir Allah s.w.t, siapa yg tahu..apa yg mampu bagi hamba-Nya, berusahalah untuk mencari jawapan dan penyelesaian yg terbaik untuk mengatasinya…pertolongan Allah s.w.t itu ada kalau betul caranya…buat semua, apa yg paling penting..peliharalah hubungan kita dengan Allah dan Ibu Bapa, nescaya Allah akan memelihara hubungan kita sesama manusia..wallahua'lam..