Monday, May 25, 2009

Mei..selamat hari macam2...

first, aku nak ucapkan selamat hari guru dan hari ibu kepada semua warga yg bergelar ibu dan pendidik seluruh malaysia..lambat ucap takpe..kata omputih..better late than never..lagipun, bagi aku..hari guru dan hari ibu dalah hari2 buat aku..biarpun diriku ini tak beribu..isk3...hehehe..

cakap pasal sambutan hari ibu dan hari guru ni, memang perkara yg menyeronokkan. tambah lagi kalau yg berstatus ibu dan berkerjaya guru..wahhh..dua hadiah sekali dapat..best tu..apa pun, aku percaya bukan hadiah yg didambakan oleh seorang cikgu atau ibu,tapi tak salah kalau diberi penghargaan buat mereka.sekurang2nya, penat lelah dan jasa mereka ada ganjaran..setakat nak hadiahkan pucuk paku, ubi kayu, itu lebih bermakna daripada pen Parker atau jam Rolex..tapi,ada ke murid yang nak bagi..itu tak mustahilll..hehehe..

walaubagaimanapun, tak kurang juga manusia yg masih tak sedar diri..sape??..balik dan kena tgk cermin la..manusia camni kadang2 bagi pelempang pun tak cukup..lupa pada jasa bonda, lalai dgn ajaran guru, akhirnya hidup menongkat langit..nauzubillah..moga dijauhkan dari sikap begitu..

buat guru,cikgu, dan semua yg seangkatan dgnnya..teruskan perjuangan membela anak bangsa..buat semua ibu kecuali 'ibu ayam', semoga menjadi ibu mithali..semoga kau sentiasa tahu dan mengerti bahawa dihati setiap anakmu..kaulah permata berharga...

SELAMAT HARI IBU
DAN
SELAMAT HARI GURU...
lambatlagijadibu,
one_hayati @ june
25 Mei 05, 12 pm

Wednesday, May 13, 2009

KISAH TIGA NABI - JADIKAN IKTIBAR

DAN apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia. Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.
Maka apakah kamu merasa aman (daripada hukuman Tuhan) yang menjungkir balikkan sebahagian daratan bersama kamu atau Dia meniupkan (angin keras yang membawa) batu-batu kecil? Dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun bagi kamu.
Atau apakah kamu merasa aman daripada dikembalikan- Nya kamu ke laut sekali lagi, lalu Dia meniupkan atas kamu angin taufan dan ditenggelamkan- Nya kamu kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu.
(Al - Isra' : 67 - 69)

Sesuatu yang pastinya di luar fikiran dan jangkaan manusia mampu berlaku di mana jua sudut bumi-Nya. Keangkuhan dan kesombongan manusia tidak mampu mengatasi kebesaran dan kehebatan Rabbul Jalil. Cuaca yang tenang dengan anggapan kita akan selamat, bukan lagi suatu teori yang menjamin bahawa kita jauh daripada malapetaka atau bencana. `Kedegilan' kita dengan teori-teori dan fundamental- fundamental hukum-hakam dunia meskipun gah bunyinya gagal mengatasi kuasa-Nya, membuatkan kita terus lupa dan alpa. Walhal itulah petanda sayangnya Dia kepada kita agar tidak terus dibuai mimpi indah.
Meskipun ratusan ribu nyawa diragut dek pukulan ombak yang tidak mengenal kawan atau lawan, mahupun hancur punah sesebuah bandar, namun itu masih kecil jika dibandingkan dengan azab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada pengikut Nabi Nuh mahupun Nabi Luth atau Nabi Syuaib a.s. mahupun nabi-nabi yang lain dalam mensyumulkan perintah-perintah- Nya. Meskipun pelbagai teori sains atau geologi akan kejadian tsunami atau ombak besar yang singgah di penutup tabir tahun sudah di nusantara kita, namun ibrah besar perlu sama-sama kita renungi dalam melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Merubah penempatan
Keengganan kaum Nabi Nuh a.s.
menurut titah perintah Allah s.w.t. melalui pesuruh-Nya adalah sejarah awal tamadun manusia di muka bumi yang diuji dengan satu banjir besar yang meragut banyak jiwa sehinggakan isteri dan seorang anaknya juga hanyut ditelan ombak. Banjir yang bukan sahaja merubah penempatan, malah bentuk muka bumi daratan ketika itu. Meskipun terdahulu pembinaan bahteranya ditertawakan oleh penentang-penentang nya yang ingkar akan suruhan Allah s.w.t., namun ketika itu bahteranyalah penyelamat daripada banjir besar dan akhirnya terdampar di Bukit Judy di pergunungan Ararat. Perintah-perintah Allah yang semakin hari semakin dilupakan oleh sesetengah golongan pastinya memberikan kesan kepada penghuni dunia yang lainnya.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth a.s. yang menggemari kaum sejenis menerima seksa Allah. Kejadian Lembah Siddim yang di dalamnya mengandungi Kota Sodom dan Gomorah akhirnya diterbalikkan dan menjadi suatu tasik garam yang enam kali ganda masinnya dari laut biasa. Kedudukannya 390 meter di bawah paras laut dan merupakan lembah yang terendah di muka bumi menidakkan teori Newton dalam menegaskan bahawa paras air di muka bumi adalah sama di semua ka-
wasan. Malahan tiada sebarang haiwan atau ikan yang mahu menghuni ataupun melintasi tasik yang dikenali sebagai Laut Mati ini yang menyimpan khazanah kemungkaran manusia terhadap Khaliqnya.

Begitu juga kaum Madyan pada zaman Nabi Syuaib a.s. yang mencuri dan menipu dalam perniagaan mendatangkan kemudaratan kepada kaumnya sendiri. Penempatan mereka ditenggelamkan menjadi padang jarak dan padang tekukur sehingga hari ini. Penempatan yang dahulunya makmur dan maju dengan tanam-tanaman, teknologi-teknologi ukiran dan binaan batunya punah ditelan bumi.
Pastinya tiada seorang pun daripada kita yang menyaksikan tiga kejadian itu. Namun sesungguhnya fakta-fakta sejarah di dalam al-Quran yang menjadi `imam' kita hari ini menceritakan kezaliman manusia terhadap diri mereka sendiri. Apa yang kita mampu lihat adalah kesan-kesan sejarah yang masih wujud hingga hari ini.
Jikalau dahulu tindakan 'liar' cuaca mahupun malapetaka yang dahsyat adalah mimpi ngeri buat kita, kini ia menyingkap dan menerjah tanah bertuah ini. Persiapan dan peralatan amaran yang terkini pastinya menjadi intipan dalam penyediaan pada masa
hadapan agar kejadian yang tidak mampu dihalang dapat diketahui lebih awal. Namun bagi kita orang-orang Islam, pastinya mengetahui bahawa malapetaka dan maut itu akan mengundang tanpa amaran mahupun petanda.
Sejarah pernah membuktikan bahawa nusantara ini suatu ketika dahulu mampu melahirkan para wali Allah yang menjadi `benteng' kekebalan daripada sebarang ancaman bencana mahupun huru-hara tindakan manusia. Tetapi kini sesuatu di luar fitrah kejadian di bumi sebelah sini pastinya menjadi suatu amaran daripada yang Maha Kuasa dalam kita melaksanakan tugas-tugas kita di muka bumi ini.
Adakah kita akan terus lupa dan alpa? Keseronokan tanpa batasan mahupun kekacauan dalam menuntut `kuasa dunia' hanyalah sementara yang mengakibatkan kerosakan di bumi-Nya. Kepintaran akal anugerah-Nya mengajak kita merenung lebih jauh daripada apa yang berlaku hari ini. Namun akal kurniaan-Nya jugalah mampu membuatkan manusia gagal membezakan yang mana permata dan
manikam akibat jumud kepada kemewahan dan kesenangan dunia.
WASPADA DENGAN KEMEWAHAN DUNIA

"SEDARLAH wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk ) Hari Akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).''
(Al-Qiamah : 20 - 21)
Kelalaian kepada perintah Allah s.w.t. antaranya kerana harta yang kita miliki, seperti anak-anak dan harta kekayaan.
Harta merupakan satu anugerah kepada manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Namun Allah s.w.t. mengingatkan kepada kita apabila memiliki harta dunia ini jangan sampai melalaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat dan ibadah haji.
Begitu juga dengan ibadah sosial seperti menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan. Amatlah berdosa jika harta tersebut digunakan untuk perkara yang mungkar dan maksiat.
Sebagai manusia yang tidak terlepas daripada cubaan-cubaan dunia perlu kembali kepada tujuan kita dihidupkan, peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Begitu juga peraturan-peraturan dalam perundangan, muamalah, jenayah, perkahwinan, akhlak mulia yang berkait-rapat dalam kehidupan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan:

Kejayaan bagi seseorang mukmin ialah apabila bersungguh-sungguh menguruskan kehidupan mereka mengikut panduan al-Quran dan sunah dan mereka pulang kepada Allah s.w.t. di dalam keimanan dan ketaqwaan