Tuesday, August 19, 2008

Kedamaian itu kembali semula...

hmm...tgk pada tajuk tu macam nak bersastera tapi, hari ni saya lebih suka memilih konsep yang lebih santai. bukan apa, bahasa juga memainkan peranan yg penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat..
sepanjang 3 minggu ni,aktiviti sebagai student telah menjadikan otak rasa berselirat dgn segala fakta yg perlu diingat. maklumlah, selagi bergelar student, byk ilmu yg perlu dicari dan dihadam supaya dapat diaplikasikan bila dah keje nanti. kenapa mesti 3 minggu je? sebenarnya minggu2 inilah berlangsungnya jihad buat kami untuk score markah. so, kenalah byk buat ulangkaji atau dgn kata lain, semua pakat sibuk ber'jampi'. subjek yg diambil pun boleh tahan jugak 'killer'nya.kalau tak hafal betul2,memang tak mampu nak goreng sendiri melainkan bagi yg betul2 power dgn bahasa arab.hehehe...belajar bahasa arab rupanya..
beza bagi pelajar yang belajar bahasa arab di malaysia dan di timur tengah adalah keadaan serta pengaruh persekitaran. yelah, dorongan untuk bertutur dalam bahasa arab tu terlalu rendah disebabkan persekitaran yg majoritinya dikelilingi oleh masyarakat yg bertutur dalam bahasa melayu, tambah lagi bila satu kelas tu dikuasai oleh student kelantan,kedah dan terengganu.hmm...masing2 berlawan loghat la jawabnya.bahasa arab langsung hilang..
so,alhamdulillah hari ni selesai segala ujian yang membuatkan hidup serba tak kena. ala...bahasa arab bukan susah sgt pun, bagi yang genius bolehla.tapi,bagi golongan yang slow learner cam aku ni, kenalah kerja keras sikit. tapi, nak tak nak kenalah redha dengan kemampuan yang kita miliki.kalau setakat tu je kemampuan kita, jgn lah nak menunjukkan rasa tak puas hati kita tu kepada kawan2.aik,lain macam je bunyinya. hmmm....hari ni baru je nak rasa kedamaian itu,tapi bila sahabat menunjukkan muka tak puas hati,tension,bengang,kita yang takde apa2 ni pun turut rasa tempiasnya.hmmm...hilang sudah kedamaian itu...
moralnya: andai kita sedar akan kemampuan kita dan kita telah berusaha untuk mengatasinya tetapi masih lagi gagal,redhalah kerana mungkin kita akan perolehi nikmat dan habuan yg lebih baik atas kesabaran yang kita miliki.cubalah untuk mengawal emosi serta berfikir dgn penuh rasional terhadap perkara yg kita lakukan.sekian.

No comments: