Thursday, January 13, 2011

I'm Back Again!!!

Bismilllahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,dah lama tak menulis dan tak menjenguk blog aku ni. Bukan setakat sarang labah-labah je ada,anai-anai dah angkat kroni,burung belatuk dah buat sarang,tikus dah beranak pinak,rasa cam blog animal planet dah. Apa pun,itu tak menjadi masalah bagi aku. sekala sekala memberi peluang kepada makhluk lain menghuni dan menghiasi blog ni,tak menjadi masalah.

Tahun baru,2011, kelangsungan hidup perlu diteruskan. muhasabah dan pembaharuan perlu diperkemaskan. namun,tiap2 tahun kita selalu memikirkan azam dan keinginan serta matlamat yg baru. walhal,yg lepas banyak yang tak terlaksana dgn jayanya. tapi,tak mengapa.sekurang-kurangnya kita masih ada cita-cita dan sentiasa mempunyai keazaman untuk melakukan sesuatu perubahan.

sekolah baru,tugas baru dan segala perkara yg baru menuntut aku untuk buat sesuatu yg baru. setelah sekian lama memegang tittle penganggur,akhirnya aku dapat job,mengajar kat sekolah yg baru nak hidup. alhamdulillah,walaupun sekolah ni baru hendak bernafas,semoga khidmatku serta guru2 yg seramai 9 orang dapat memberi pencapaian yg terbaik buat anak2 yg sentiasa dahagakan ilmu.

semoga tahun baru 2011 ini memberi sesuatu untuk aku dan juga untuk org lain yg sentiasa inginkan perubahan dalam hidup...selamat tahun baru,2011....


Born to be a champion,
one_hayati, 11.55 pm
17/1/2011