Friday, October 17, 2008

Aidilfitri vs final exam…

Salam lebaran buat semua sahabat..
Bahang aidilfitri jelas terasa apabila di sana sini adanya ’open house’. Tapi itu situasi yg kerap berlaku di bandar-bandar besar. Di kawasan kampung, fenomena ini jarang berlaku. ’Open house’ cuma untuk hari raya pertama dan kedua. Budget takde beb..hehehe.. Berbeza dengan masyarakat kota,contohnya Kuala Lumpur, hari ke 28,29 merupakan hari yang paling meriah untuk sambutan hari raya. Kononnya meraikan hari2 terakhir Syawal. Hmm...semoga sambutan yg di buat itu tidak sampai ke tahap yg menjurus kepada pembaziran, kealpaan dan juga bukan sekadar memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata.




pelajar tahun akhir bacelor bahasa arab dan pensyarah..

Tapi, apa yang mungkin kita tidak sedari atau ada juga yang buat2 tak sedar, syawal yang dirai ini adalah hampir sama waktu dengan final exam yang menanti. Raya, raya jugak. Buku pun kena belek jugak kawan. Aku hanya nak mengingatkan untuk diri aku sendiri dan juga kawan2. Walauapapun, aku harapkan semoga kawan2 dan semua sahabat yg akan berhadapan dengan final exam tidak leka dan lalai dengan permainan alam. Bagi yang masih lena dan khayal dalam angan2, ayuh bangkit dan kuatkan usaha...buktikan siapa kita...



jejaka idaman malaya...


Semoga Syawal yg kita sambut ini, memberi kegembiraan yang melimpah ruah untuk kita..Aidilfitri dirai dengan penuh berseri, final exam dihadapi dengan tenang dan penuh keyakinan di hati...

Selamat menduduki peperiksaan akhir for coursemate and all candidates for final exam....
Pelajar Tahun Akhir, Bacelor Sastera Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Serdang..

Salam lebaran dan debaran,
One_hayati @ june

Tuesday, October 7, 2008

Selamat kembali perantau


Mesej ni khas buat sepupuku yg lama merantau mencari rezeki di bumi asing. Dedikasi ini juga buat sahabat2 yg berjihad di setiap ceruk dunia. Walaupun dikekang dgn pelbagai masalah, wang dan masa, kepulangan di hari lebaran amat bermakna dan lebih terasa bagi warga emas, sanak saudara yg lama tidak bersua muka. Walau teknologi secanggih mana sekalipun, tidak dapat ditandingi hebatnya aura insan di hadapan mata.

Buat kak syam dan abg zue sekeluarga, maaf kerana mencerobohi hak peribadi dgn menyiarkan gambar family di blog ini. Hanya kenangan yg terindah yg dapat mengubat rindu dan ukhuwah yg terbina. Semoga perjalanan hidup diredhai Allah s.w.t.

Ihklas dari Yati dan Pak Su Mahmud Sekeluarga
Aidilfitri 1/10/2008

Ramadhan pergi, Syawal berganti

Hari ini adalah hari ke-7 umat Islam meraikan kedatangan Syawal. Masih lagi terasa kemeriahannya walaupun telah enam hari berlalu. Maklumlah, masyarakat di Malaysia ni khususnya yg beragama Islam, raya itu mesti sebulan walaupun puasa tu hanya kadang2. Fonemena yg bukan luar biasa dan kadang2 dah jadi terbiasa.

Namun, bagi yg masih lagi merindui Ramadhan itu, jgn lah disia-siakan amalan yg telah dilakukan sepanjang bulan itu. Teruskan dan pertingkatkan lagi ibadah kita supaya Allah s.w.t memanjangkan lagi usia kita untuk bersua dengan Ramadhan yg akan datang. Mungkin dgn segala amalan yg kita lakukan memberi kesan yg mendalam serta perubahan besar dalam setiap perkara yg kita lakukan. Insyaallah.

Berbalik semula kepada kedatangan syawal, kita sesungguhnya masih berpeluang merebut ganjaran yang lebih besar yg disediakan oleh Allah s.w.t kepada umatnya iaitu dgn berpuasa 6 hari pada bulan syawal atau dipanggil puasa 6. bagi yg benar2 inginkan ganjaran dan pahala yg lebih besar, rebutlah tawaran ini dgn sebaiknya.

Semoga Ramadhan yg pergi akan lebih bermakna dengan Syawal yang berganti. Semoga Syawal yg dirai akan lebih terisi dengan ibadah yang lebih bererti. Salam aidilfitri buat semua umat Islam seantero dunia.