Tuesday, February 17, 2009

14 FEBRUARI YANG BERMAKNA

Kebiasaannya, tanggal 14 februari merupakan tarikh yang dinanti-nantika oleh pasangan yang hanyut dibuai cinta,atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day. Masyarakat hari ini begitu taksub dgn anasir-anasir yg dibawa oleh barat untuk menyesatkan umat Islam. Seharusnya, kita perlu sedar bahawa proses Kristianisasi sedang giat dilakukan dan kita sewajarnya berusaha sedaya mungkin untuk mengahalang anasir ini dari merebak kepada generasi seterusnya. Banyak agenda barat yg terang lagi bersuluh menampakkan usaha meruntuhkan akidah umat Islam antaranya melalui lagu2 yg lagha dan melalaikan jiwa.

Samaada kita sedar atau tidak, banyak unsur2 yg boleh melalaikan kita terhadap yang maha Pencipta, yang terkandung dalam lagu2 yg disajikan oleh pihak barat. Walaupun ada yang menyedari tentang hakikat ini, disebabkan iman yg senipis kulit bawang, dengan mudah tergelincir ke dalam perkara yang menyesatkan. Kadang-kadang, kita langsung tidak memahami lirik lagu tersebut,tetapi disebabkan alunan iramanya yg menarik,kita dapat menghafalnya dgn begitu fasih. Hakikatnya, liriknya penuh dengan cercaan dan hinaan tehadap apa yg terkandung dalam ajaran Islam termasuklah menghina Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu, usaha yg telah dilakukan oleh pihak pengurusan Kolej 14, Universiti Putra Malaysia amat membanggakan. Program keilmuan dan kemantapan rohani yg diadakan berjaya menarik ramai golongan muda untuk menghayati keindahan alunan dan kesenian irama-irama nasyid yg telah dipersembahkan oleh mereka yg komited dengan perjuangan seni Islam disamping berusaha menyebarkan dakwah kepada semua peringkat umur khususnya golongan pelajar. Usaha ini yg sewajarnya perlu dilaksanakan sebagai salah satu pengisian hiburan yg memberi ilmu dan didikan buat masyarakat kita hari ini, yakni berhibur sambil bermunajat mengingati yg Maha Agung, bukannya semua berhibur untuk kepuasan hidup di dunia sahaja. Nauzubillah...



persembahan mantopp dr nowseeheart..rugi tak pergi..


Konsert Nasyid @ Fourteen yg bertemakan ‘ Transisi Madani ‘ telah menampilkan gabungan artis baru dan lama iaitu kumpulan Nowseeheart , Nazrey Johani dan juga kumpulan yg baru sahaja mencipta nama dalam persada seni nasyid iaitu, Instinct. Persembahan dan juga alunan nasyid yg memuji keagungan ciptaan Ilahi inilah yg perlu diperjuangkan supaya masyarakat tidak lalai dan terlalu leka dgn pelbagai jenis reality hiburan yg merosakkan akidah umat Islam masa kini.


instinct,bakat 'terendam' yg mula mencipta nama dalam arena
nasyid tanah air..

Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas buat semua yg terlibat dalam program tersebut kerana telah mencetuskan satu permulaan yg baru yakni menarik perhatian segolongan besar remaja kita dari meraikan hari yg langsung tidak memberi sebarang manafaat,malah menambahkan lagi kemungkaran di atas muka bumi ini. Semoga usaha murni ini akan ada kelansungannya serta mendapat sokongan padu daripada seluruh umat Islam yg cintakan kedamaian,keamanan dan keredhaan Allah S.W.T. Insyaallah…

berfikir di luar kotak,

one_hayati, 6 pm

Wednesday, February 4, 2009

analogi yg tetap relevan...renungkan

cerita ni mungkin ada yang dah tahu,dan mungkin yang tak tahu..tapi ini cerita lama,namun ianya tetap relevan dgn senario dunia hari ini..sama2 kita ambil iktibar,di mana letaknya kita...
"Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga inimerupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, adatauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi.Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti adajugak yang busuk.Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang - abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku didepan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telahlemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawakberbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan ditengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang -pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi. "Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut."Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkanbot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain."Hoi monyet...senyaplah. .. pengkhianat! " Getus hati si adik yang tidak puashati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat."Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.""Selamatkan adik kami yang kelemasan."Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh.Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah