Wednesday, September 17, 2008

cinta dan suka..

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang...Tapi di depan orang yg kita suka, hati kita akan gembira...Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga, di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja..Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...Di depan orang yang kita suka,lidah bebas berkata apa sahaja....Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..Di depan orang kita suka, kita akan akan tunjukkan imej kita yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai...Tapi..kita selalu merenung mata orang yang kita suka..Antara cinta dan suka..apa bezanya???

1 comment:

Anonymous said...

Hmm,satu perbandingan yang menarik. Cuma saya rasa ini hanya applicable untuk perbandingan cinta dan suka sesama manusia biasa, kerana jika dilihat dari perspektif CINTA manusia-Khaliq atau CINTA manusia-Nabi...jadi pelik, bukan? :)