Tuesday, October 7, 2008

Ramadhan pergi, Syawal berganti

Hari ini adalah hari ke-7 umat Islam meraikan kedatangan Syawal. Masih lagi terasa kemeriahannya walaupun telah enam hari berlalu. Maklumlah, masyarakat di Malaysia ni khususnya yg beragama Islam, raya itu mesti sebulan walaupun puasa tu hanya kadang2. Fonemena yg bukan luar biasa dan kadang2 dah jadi terbiasa.

Namun, bagi yg masih lagi merindui Ramadhan itu, jgn lah disia-siakan amalan yg telah dilakukan sepanjang bulan itu. Teruskan dan pertingkatkan lagi ibadah kita supaya Allah s.w.t memanjangkan lagi usia kita untuk bersua dengan Ramadhan yg akan datang. Mungkin dgn segala amalan yg kita lakukan memberi kesan yg mendalam serta perubahan besar dalam setiap perkara yg kita lakukan. Insyaallah.

Berbalik semula kepada kedatangan syawal, kita sesungguhnya masih berpeluang merebut ganjaran yang lebih besar yg disediakan oleh Allah s.w.t kepada umatnya iaitu dgn berpuasa 6 hari pada bulan syawal atau dipanggil puasa 6. bagi yg benar2 inginkan ganjaran dan pahala yg lebih besar, rebutlah tawaran ini dgn sebaiknya.

Semoga Ramadhan yg pergi akan lebih bermakna dengan Syawal yang berganti. Semoga Syawal yg dirai akan lebih terisi dengan ibadah yang lebih bererti. Salam aidilfitri buat semua umat Islam seantero dunia.

No comments: