Sunday, August 17, 2008

Tak ada apa-apa..

Catatan dari seorang teman….

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malahterlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cubadapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.Hairan juga..!Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Sayaceritakan perkara yang saya alami."Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan sayadiuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau kemana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah sayalupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalamdiri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang sayaalami itu.Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakahSabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?""Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab.Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masihmenjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itusaya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekalilagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama,saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi,tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabriada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahipipi. "Tak ada apa-apa"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahubersuara tapi terdiam kembali.Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah naklupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mamaterluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangistersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masihberbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentuinagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kitaketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukupnak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Sayatunduk.Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titikpeluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hariSabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supayahajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabriterus bekerja.Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkanketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetapberkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anakderhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuanmama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dahberjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mamaharap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapanterakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk keseluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan sayaterasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembalitenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejakperistiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dankawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana iasebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam programmotivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semuaorang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan diakhirat.Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kemmotivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewatiusia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Darisumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebutmengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudiansaya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasihbanyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak sayatak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikanberteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebutdia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzurdan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita.Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itukehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian.Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atassegala silapnya selama ini."Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maafbersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak takampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosayang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalusedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkanperutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengankata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'"Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelaiseluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar ituterlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok danlipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakaibekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopakwarnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik siibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar n! ihmahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawadi sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkinada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkahlaku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu,dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklahkamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.."Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong denganperbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36****

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS....SESUNGGUH NYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KITA MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

No comments: