Thursday, April 9, 2009

blog aku yg sepi..

hmmm...lama tak menjenguk blog aku yang dah bersawang, tumbuh dengan lalang serta semak samun yang tak sempat aku tebas. kekangan masa menjadikan blog ni tidak ada sebarang pembaharuan. walaubagaimanapun, aku akan teruskan juga menulis untuk kepuasan aku.

menulis bukan perkara yang mudah dah juga tidaklah susah. kadang kala idea yang bermain dalam fikiran tidak mampu ditutur melalui kata-kata dan melalui penulisan ianya dilontarkan. sebagai memberi nyawa baru untuk blog aku ini selepas lama koma dalam icu, aku hanya ingin memberitahu kawan2 yang mengikuti perjalanan blog aku (ada ker???) bahawa aku masih lagi 'hidup'. kesibukan sebagai final year student serta bebanan 'kerja sekolah' menjadikan aku tak mampu menulis dan mencurahkan idea dalam blog aku ni.

walau apa pun,doakan buat aku dan semua pelajar tahun akhir bacelor bahasa arab dalam peperiksaan akhir nanti. semoga semua sahabat seperjuangan berjaya dalam apa jua bidang yang diterokai..

aku yang nyawa2 ikan,
one_hayati 12.31 a.m

No comments: