Tuesday, February 17, 2009

14 FEBRUARI YANG BERMAKNA

Kebiasaannya, tanggal 14 februari merupakan tarikh yang dinanti-nantika oleh pasangan yang hanyut dibuai cinta,atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day. Masyarakat hari ini begitu taksub dgn anasir-anasir yg dibawa oleh barat untuk menyesatkan umat Islam. Seharusnya, kita perlu sedar bahawa proses Kristianisasi sedang giat dilakukan dan kita sewajarnya berusaha sedaya mungkin untuk mengahalang anasir ini dari merebak kepada generasi seterusnya. Banyak agenda barat yg terang lagi bersuluh menampakkan usaha meruntuhkan akidah umat Islam antaranya melalui lagu2 yg lagha dan melalaikan jiwa.

Samaada kita sedar atau tidak, banyak unsur2 yg boleh melalaikan kita terhadap yang maha Pencipta, yang terkandung dalam lagu2 yg disajikan oleh pihak barat. Walaupun ada yang menyedari tentang hakikat ini, disebabkan iman yg senipis kulit bawang, dengan mudah tergelincir ke dalam perkara yang menyesatkan. Kadang-kadang, kita langsung tidak memahami lirik lagu tersebut,tetapi disebabkan alunan iramanya yg menarik,kita dapat menghafalnya dgn begitu fasih. Hakikatnya, liriknya penuh dengan cercaan dan hinaan tehadap apa yg terkandung dalam ajaran Islam termasuklah menghina Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu, usaha yg telah dilakukan oleh pihak pengurusan Kolej 14, Universiti Putra Malaysia amat membanggakan. Program keilmuan dan kemantapan rohani yg diadakan berjaya menarik ramai golongan muda untuk menghayati keindahan alunan dan kesenian irama-irama nasyid yg telah dipersembahkan oleh mereka yg komited dengan perjuangan seni Islam disamping berusaha menyebarkan dakwah kepada semua peringkat umur khususnya golongan pelajar. Usaha ini yg sewajarnya perlu dilaksanakan sebagai salah satu pengisian hiburan yg memberi ilmu dan didikan buat masyarakat kita hari ini, yakni berhibur sambil bermunajat mengingati yg Maha Agung, bukannya semua berhibur untuk kepuasan hidup di dunia sahaja. Nauzubillah...



persembahan mantopp dr nowseeheart..rugi tak pergi..


Konsert Nasyid @ Fourteen yg bertemakan ‘ Transisi Madani ‘ telah menampilkan gabungan artis baru dan lama iaitu kumpulan Nowseeheart , Nazrey Johani dan juga kumpulan yg baru sahaja mencipta nama dalam persada seni nasyid iaitu, Instinct. Persembahan dan juga alunan nasyid yg memuji keagungan ciptaan Ilahi inilah yg perlu diperjuangkan supaya masyarakat tidak lalai dan terlalu leka dgn pelbagai jenis reality hiburan yg merosakkan akidah umat Islam masa kini.


instinct,bakat 'terendam' yg mula mencipta nama dalam arena
nasyid tanah air..

Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas buat semua yg terlibat dalam program tersebut kerana telah mencetuskan satu permulaan yg baru yakni menarik perhatian segolongan besar remaja kita dari meraikan hari yg langsung tidak memberi sebarang manafaat,malah menambahkan lagi kemungkaran di atas muka bumi ini. Semoga usaha murni ini akan ada kelansungannya serta mendapat sokongan padu daripada seluruh umat Islam yg cintakan kedamaian,keamanan dan keredhaan Allah S.W.T. Insyaallah…

berfikir di luar kotak,

one_hayati, 6 pm

No comments: