Friday, May 21, 2010

I'm Back!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puja dan puji buat Penguasa Alam,selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda....


Alhamdulillah...lama benar rasanya tidak menulis dan mencurah idea dalam blog yang dah bersawang ni. Bukan tak mahu,tapi tak berkesempatan. Bukan sibuk, tapi hakikatnya kemalasan tu mengatasi segala-galanya. Aku lebih banyak meluahkan idea dalam buku sebab mungkin lebih mudah untuk dicapai dan digarap. kadang2 idea dan pandangan itu datang dengan tiba2,so aku capai apa yg lebih mudah untuk dicurahkan...buku dan pen...


Kini aku kembali menulis sebab aku rasa aku perlu menulis. Menulis dan membaca satu perkara yg tidak boleh ditinggalkan kerana melalui pembacaan,aku mampu melontar idea,melalui penulisan aku mampu berfikir dengan lebih rasional dan logikal.Tapi,itu aku...pandangan dan pendapat aku..mungkin orang lain,pandangannya boleh jadi lain dari yang lain...

Untuk permulaan setelah lama menyepi,aku cuma ingin berkongsi tentang perubahan yang mesti dicetuskan dalam diri aku..yup..i have to change..kalau dulu mungkin kita adalah pelajar yg mengharapkan segala-galanya dari parents.tapi keadaan telah berubah...kita yang perlu memberi harapan kepada orang yg telah berkorban untuk kita.itulah hakikat yang aku sedari bahawa manusia ini bukan hidup nafsi-nafsi tapi sebenarnya disekelilingnya ada jasad yang menanti..


Kehidupan di akhir zaman bukan lagi perlu kepada keseronokan, peluang tapi adalah cabaran dan penuh tekanan.kalau tidak mampu mengemudi pelayaran dengan baik,kita akan karam,,kalau tak sanggup dilanda badai,jangan buat rumah papan di tepi pantai..kalau bungalow mungkin boleh diselamatkan lagi kot..hakikatnya,dunia semakin tua,kiamat sudah dekat,persoalannya,apakah sudah mantap bekalan dan amalan kita..itu yang sering membelenggu benak fikiranku..melihat anak2 muda yang tenggelam dalam keseronokan,aku takut untuk memikirkan apa corak kehidupan akan datang..akan hilangkah budaya ketimuran dan nilai2 islam dalam diri umat islam...siapa yang mampu merungkai dan membuat perubahan kalau bukan kita sendiri yang memulakannya..

Peringatan buat diriku dan semua sahabat,perubahan itu adakalanya perlu untuk manjadi lebih baik dan adakalanya ia percaturan hidup yang perlu ada pengorbanan.jgn berubah bila keadaan telah memaksa tapi buatlah perubahan bila ada peluang yang menjelma...fikir2 dan renung2kan...

wallauhua'lam...


one_hayati
12.00 pm
friday,21/5/2010

No comments: